Kontributor: Nur Farahidayu binti Nazir
Purwokerto, Indonesia – Fakultas Ilmu Politik dan Ilmu Sosial (FISIP) Universitas Jenderal Soedirman (UNSOED) telah menyertai sebuah kuliah umum serentak pada 20 Ogos 2024. Kuliah umum serentak yang bertemakan 10 Tahun Perjalan Diplomasi Indonesia ini dilaksanakan secara serentak bagi 38 provinsi di Indonesia termasuklah di Universitas Jendral Soedirman. Kuliah umum ini adalah terbuka kepada semua mahasiswa FISIP.
Program ini dirasmikan oleh Rektor Universitas Jenderal Soedirman Prof. Dr. Ir. Akhmad Sodiq, M.Sc. Agr., IPU., ASEAN Eng dan diteruskan dengan ucapan daripada Puan Nina Kurnia Widhi, Sekretaris Badan Strategi Kebijakan Luar Negeri. “Saya yakin kuliah umum hari ini yang akan disampaikan oleh bapa Hanung dapat memberikan pro understanding mengenai prioritas diplomasi Indonesia 10 tahun terakhir,” kata beliau.
Program ini diteruskan lagi dengan sedikit kata-kata ucapan daripada menteri luar negeri Indonesia, Dra. Retno Lestari Priansari Marsudi, LL.M. secara atas talian kepada kesemua 38 provinsi di Indonesia secara serentak. “Kuliah umum serentak ini dilakukan agar mendekatkan kebijakan luar negeri dengan para mahasiswa dan staff akademika,” ujar beliau. Beliau juga memberikan sedikit kata-kata semangat dan motivasi kepada mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai program kuliah ini.
Sesi pengkuliahan ini dimulakan oleh Encik Hanung, kepala kewangan BSKLN dengan tajuk kuliahnya, Diplomasi Indonesia dan Prioritas. Beliau juga menceritakan perjalanan diplomasi Indonesia selama 10 tahun bermula daripada tahun 2014. Beliau mengakhiri sesi kuliah beliau dengan beberapa soal jawab bersama para mahasiswa.
Sesi kedua kuliah umum ini turut diteruskan oleh Puan Nina Kurnia Widhi, Sekretaris Badan Strategi Kebijakan Luar Negeri. Beliau berfokus terhadap proses permohonona magang dan studi independen bersertifikat (MSIB) Angkatan 7 yang dilaksanakan oleh BSKLN. Beliau juga mempamerkan data-data magang reguler serta perbezaan KBRI, PTRI, KJRI dan KRI kepada mahasiswa. Sesi ini turut diakhiri dengan beberapa soal jawab bersama mahasiswa.
Secara keseluruhan, program kuliah serentak ini sangat memberi manfaat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi lebih-lebih lagi yang berada di bawah fakulti ilmu sosial dan ilmu politik. Ilmu yang diterima hasil daripada kuliah ini akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar di masa hadapan.
Salam FISIP! Salam solidaritas!